2 August 2016



            Pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim melakar sejarah baharu apabila menjadi kelab pertama memiliki kemudahan pengangkutan udara sendiri.
Berita gembira itu hadir apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sebuah kapal terbang Gulfstream 550 kepada kelab tersebut pada Selasa.
Kapal terbang itu akan digunakan oleh pegawai kelab dan pemain JDT.
Menurut kenyataan dalam laman web rasmi Johor Southern Tigers itu, kapal terbang tersebut akan siap dan diserahkan kepada JDT pada pertengahan tahun 2017.
"Dengan kurniaan tersebut, JDT turut melakar satu lagi sejarah baharu sebagai kelab pertama tanah air yang mempunyai kemudahan pengangkutan udara sendiri. Allah Peliharakan Sultan," demikian menurut kenyataan itu.

27 July 2016

Baju Exclusive Design Tersendiri Tampilkan "Papagoatee"

PAPAGOATEE

 Baju ini adalah hasil dari keluaran individu yang menamakan diri beliau papa @ papagoatee,

"PAPAGOATEE"


ini adalah kerana beliau suka dengan nama itu .
setelah beberapa lama kemudian beliau menamakan "PAPAGOATEE" ini sebagai nama bagi INSTGRAM & FACEBOOK beliau..

setelah beberapa bulan kemudian dia berhajat untuk keluarkan baju yang hasil dari designnya sendiri,
 
baju ini mempunyai design hasil dari rekaannya sendiri..
walaubagaimanapun beliau merekakan baju8 ini hanya sekadar untuk memusakan kemahuan sendiri serta memenuhi permintaan rakan-rakan karib dan rakan-rakan di media sosial.

PAPAGOATEE "

(  jenama rekaansendiri)
" PGT "

xmahal harganya..hanya sedang2 saja...

RM 3X.XX - kain jersi
                               kain microfiber

RM 3X.XX - kain cotton 
                         kain GILDAN 

            Saiz
2XL , XL , L, M , S dan XS

Tempahan bole di buat sekarang...
CEPAT ...!!!! CEPAT..!!!! selagi stok masih ada....👆👆
harga utk sehelai

RM39.90 + Rm6 postage
kalau beli 2 helai dapat
RM 35/1
35 x 2 + 6 postage





untuk lebih maklumat lanjut dan sebarang tempahan anda bolelah melawati di facebook dan instagram " PAPAGOATEE" @ "Ted Ismail"
carlismail90@gmail.com atau nickname : Mrpapagoatee
intagram : @tedismail

Nissan GT-R: Pencabar Kereta Berprestasi Tinggi

Selepas lebih dua bulan pelbagai jenis kereta sudah dipaparkan di dalam blog ini. Ada kereta kompak, hibrid, SUV dan paling menarik model yang mungkin dipasarkan di dalam negara seperti Honda Civic, Kia Picanto dan sebagainya. Walau bagaimanapun kereta berprestasi tinggi masih belum saya tulis, bukan apa, kereta sebegini hanya segelintir sahaja yang mampu memilikinya. Era kereta berprestasi massa seperti Toyota Corolla AE86, Nissan March Superturbo dan Ford TX3 nampaknya sudah luput ditelan sejarah, yang ada kebanyakannya sudah memasuki pasaran premium hingga orang kebanyakan hanya mampu melihat dan mengidamkannya. Masakan tidak, sebuah kereta berprestasi sudah menyamai atau melebihi sebuah rumah teres atau banglo di kampung, lebih logik jika dilaburkan untuk aset yang menguntungkan tanpa susut nilai. Walaupun begitu apa salahnya kita mengagumi dan mengambil tahu serba sedikit tentang kemanisan dunia ini, habis tidak pun boleh dibuat modal bersembang dengan rakan-rakan. Orang kata biar sembang kencang tapi ada isi.


Saya tidak pasti apakah memori umum orang kita mengenai Nissan. Orang lama mungkin mengaitkannya dengan model Sunny atau Sentra teksi Genting, orang muda pula pasti terimbas akan kehebatan model Cefiro di dalam sukan drift atau pun buat orang berkeluarga mereka akan teringatkan model Grand Livina. Apa pun Nissan menghantar mesej yang jelas dengan kehadiran sebuah model ini, apa lagi jika bukan Nissan GT-R. Kereta agung daripada pengeluar kereta Jepun yang mencabar ego-ego pengeluar kereta berprestasi barat seperti Porsche, Ferrari dan Aston Martin yang masing-masing mewakili Jerman, Itali dan Britain. Jepun mampu menawarkan kereta yang hebat hanya pada setengah harga atau kurang daripada pengeluar kereta barat. Itu adalah taktik lama mereka yang kini diulangi oleh pengeluar kereta Korea. GT-R atau nama asalnya Skyline bukan lahir dalam tempoh dua atau tiga tahun, warisannya bermula berpuluh tahun lepas dengan model pertama dikeluarkan oleh Prince Motor Company pada tahun 1957 sebelum mereka bergabung dengan Nissan pada tahun 1966.

Maju laju [fast forward] pada tahun 2007, Nissan memperkenalkan GT-R dengan menggugurkan nama Skyline dan model terbaru ini telah banyak menaikkan nama Nissan. Siapa sangka pengeluar kereta massa seperti Latio, Sentra, Grand Livina boleh menghasilkan kereta yang canggih sebegini seterusnya menarik perhatian para tauke-tauke untuk memilikinya. Masuk tahun 2011 model wajah baru [facelift] dibangunkan berdasarkan tema ‘World’s best multi-performance and pleasure of responsive driving’. Ciri luarannya lebih kuat dan stabil dan digabungkan dengan kemaskini lain bagi menyumbang aerodinamik yang lebih baik.


Downforce GT-R berjaya dikurangkan manakala pekali seret pula turun daripada 0.27 kepada 0.26. Kestabilan kereta pula diperbaiki dengan bampar dan bukaan gril yang lebih besar dengan efek tiga dimensi yang dipertingkatkan. Bampar depan telah direka semula dengan tambahan sisip berkembar yang menyumbang kepada downforce 10% lebih baik sementara mengurangkan rintangan angin di dalam ruang enjin, serta meningkatkan aliran udara melalui radiator untuk menyejukkan brek depan. Kedua-dua sisi bampar pula dipasangkan lampu LED siang hari yang kini merupakan aksesori ‘wajib’ kereta pasaran Eropah. Bampar belakang turut tidak terkecuali menerima pembedahan kosmetik dengan titik tengah graviti yang rendah serta hujung yang dipanjangkan. Dengan pemanjangan peresap belakang [diffuser], penyejukan bahagian bawah lantai lebih baik selain daripada rintangan angin berjaya dikurangkan. Penyejukan penyenyap ekzos pula diperbaiki manakala downforce belakang berjaya ditingkatkan sebanyak 10% melalui penggunaan outlet bampar belakang yang menyingkirkan udara pada ruang tayar belakang. Lampu kabus LED berdensiti tinggi pula dipasang bersekali dengan peresap belakang.


Daripada segi mekanikal, output enjin GT-R dipertingkatkan kepada 530ps pada 6,400 rpm dan tork maksimum 612 Nm dari 3,200 hingga 6,000 rpm. Penutup enjin diwarnakan merah untuk mengilustrasikan penambahan prestasi. Paling menarik enjin ini lebih jimat minyak yang dicapai melalui modifikasi pada tekanan galak [boost] pengecas turbo, pemasaan injap, nisbah campuran udara dengan diameter paip inlet lebih besar dan sistem ekzos. Nissan turut menyemak semula seleksi pemanduan dengan menggantikan Snow Mode dengan Save Mode yang mengoptimumkan tork pemanduan dan mengubah jadual penukaran gear untuk penggunaan minyak yang lebih ekonomikal apabila memandu di jalan lurus dan terbuka. Walaupun Snow Mode diganti tetapi ciri-ciri asalnya masih lagi dikekalkan. R Mode pula digunakan untuk memecut kereta dari pegun dan akan berfungsi apabila brek ditekan dengan gear dianjakkan, pedal minyak ditekan dengan penuh dan brek dilepas dengan cepat. Dalam keadaan ini, suhu minyak akan diawasi secara automatik bagi memastikan ketahanan serta mengelak suhu meningkat melebihi paras ditetapkan. Bagi mengambil selekoh sempit pada kelajuan rendah, 2-Wheel Drive Mode akan menukar kereta kepada pacuan dua roda pada kelajuan di bawah 9.6km/j dengan kedudukan stereng dipusing separuh.


Perubahan lain yang dibuat ialah menambah topang sokongan [supporting bar] untuk menguatkan lagi casis serta brek dan suspensi yang dirombak semula. Gabungan tayar dan roda turut ditukar dengan tayar baru iaitu Dunlop SP Sport Maxx GT 600 DSST CTT dan roda aluminium tempa [forged] jenama Rays. Penutup artikel kali ini tiada falsafah atau analogi yang boleh saya tulis seperti biasa kerana jujurnya mata saya berpinar menulis kereta-kereta mahal, terasa hebat sungguh. Apa pun GT-R tidaklah mahal mana, di UK harganya ialah GBP69,950. Tidak mahal jika dibandingkan dengan kereta berprestasi tinggi lain yang mencecah jutaan ringgit. Sebuah Ferrari mungkin bersamaan dengan dua buah GT-R!






26 July 2016

Bila Terasa Lapar Sini Lah Tempatnya Moon's Kitchen

Apa yang korang buat bila lapo time hujung minggu? Kalau aku ni lah aktiviti santai bersama kawan2 pergi makan kat tempat yang special. Kali ni aku nak makan sampai ke bulan jauhnya hehehe. Restoran Moon's Kitchen yang terletak di Jalan Putra Mahkota Putra Heights Subang. Kalau korang nak datang sini memang di syorkan kerena makanan semua sedap2 dan juga unik2.


Restoran ini banyak menggunakan bahan diimport berkualiti tinggi daripada sumber-sumber yang mampan. Semua bahan-bahan di sini adalah disahkan Halal dari negara-negara masing-masing, dan mereka tidak menambah apa-apa bahan tambahan atau bahan pengawet untuk menyedapkan makanan mereka. Aku tak tipu dan tak puji restoran ini kalau aku tak rasa sendiri.


Sebab tu aku rekmenkan restoran ini kepada semua pembaca bukan kerena sedap sahaja tapi harga berpatutan untuk rakyat Malaysia. Jom aku kenalkan dengan beberapa menu yang sempat aku cuba. Paling best adalah Chicken Chop kat sini yang dihasilkan daripada Boneless chicken yang digoreng garing bersama side dish seperti salad, coleslow dan fries bersama sos pilihan iaitu Sweet & Sour, Black Paper, Mushroom dan Brown Sauce.


 Chicken Chop

Kemudian aku juga rekmen korang cuba Italian Rosemary Chicken dimana daging ayam yang di perap dengan rempah ratus daripada Itali dan dipanggang. Special kerana daging yang banyak dan sedap. Yang lagi satu ni adalah beef ribs yang dipanggang dengan chipotle chili BBQ sauce. Menu ni dipanggil Chipotle BBQ Beef Ribs.

 Chipotle BBQ Beef Ribs

 Italian Rosemary Chicken

Kalau yang nak makan pasta sesuai cuba kat sini Aglio Olio E Pomodoro with Salmon and Mussels. Yang ni ada seafood dalamnya special dimasak dengan rasa sebenar Aglio Olio. Kemudian boleh cuba juga Spaghetti Bolognese dimana pasta bersama daging dan Italian tomato sebagai kuahnya. Menarik kedua2 hidangan ini sangat2 kebaratan rasanya.


Menu lanjut dan gambar makan menarik layari blog makan Mahamahu.com






25 July 2016

PENDANG, KEDAH JELAPANG PADI

LATAR 

BELAKANG 

DAERAH PENDANG


Nama 'Pendang' dikatakan berasal daripada nama 'Pendiat' yang bermakna parit atau lubang yang digali khas untuk menangkap dan menjinakkan gajah. Gajah-gajah yang telah dijinakkan dimandikan di telaga sejarah yang terdapat berhampiran Balai Polis Daerah Pendang. Menurut sejarah, telaga ini adalah telaga asal dan tidak pernah kering walaupun di musim kemarau panjang. Anak-anak gajah dipelihara di sebuah kampung yang bernama Kubang Anak Gajah dan gajah-gajah yang mati pula akan ditanam di satu tempat bernama Kampung Gajah Mati.

Pada zaman tersebut, Pendang adalah tempat pembiakan gajah yang terbesar dan terkenal di Negeri Kedah selain dari Mukim Naga di Daerah Kubang Pasu. Gajah menjadi kenderaan utama pada masa itu terutama sebagai kenderaan darat untuk menghantar 'ufti' ( Bunga Emas ) ke Negeri Siam. Pendang merupakan sebuah daerah dalam Negeri Kedah Darul Aman yang diwartakan pada 1 Februari 1975 dan disempadani oleh Daerah Kota Setar di bahagian Utara, Daerah Yan di Barat, Daerah Padang Terap dan Sik di sebelah Timur dan Daerah Kuala Muda di bahagian selatan. Keluasan bagi Daerah Pendang ialah 62,929 hektar atau 629.29 kilometer persegi dan terbahagi kepada 8 (lapan) mukim iaitu :

 
MUKIM - MUKIM DI PENDANG

1. Mukim Tobiar   
2. Mukim Padang Pusing   
3. Mukim Guar Kepayang
4. Mukim Padang Peliang   

5. Mukim Rambai   
6. Mukim Bukit Raya
7. Mukim Padang Kerbau   

8. Mukim Air Puteh

 Sebanyak 27,639 hektar tanah di Daerah Pendang digunakan untuk tanaman getah manakala 18,462 hektar tanah digunakan untuk tanaman padi. Antara tanaman yang semakin pesat diusahakan di Daerah Pendang ialah rambutan, durian, cempedak, mangga, dokong, limau bali, nangka dan manggis. Sektor perniagaan yang terdapat di Daerah Pendang dibahagikan kepada dua kategori iaitu perniagaan formal (barang runcit dan perkhidmatan) dan perniagaan tidak formal (gerai dan penjaja). Aktiviti perniagaan di Daerah Pendang tertumpu pada kawasan penempatan utama seperti Pekan Pendang, Tanah Merah, Tokai, Kubur Panjang, Bukit Jenun, Kilang Kechik, Kokbah dan Kampung Baru.
ine
Daerah Pendang tidak mempunyai kawasan khusus untuk industri. Sektor perindustrian adalah berselerak di merata tempat. Industri di Daerah Pendang banyak tertumpu kepada hasil pertanian seperti kilang beras dan getah. 68 peratus kilang di daerah Pendang dimiliki oleh kaum Cina yang terlibat dalam semua jenis kilang. Melayu memiliki 26 peratus jumlah kilang di Daerah Pendang, hampir semuanya terlibat dalam industri makanan. Kaum-kaum lain memiliki kurang dari lima peratus.

Daerah Pendang mempunyai 32 buah Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (tiga buah) , Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (sebuah), Sekolah Menengah Agama Rakyat (dua buah) dan Sekolah Menengah (9 buah). Keseluruhannya, pelajar sekolah rendah seramai 13,994 orang dengan tenaga pengajar seramai 740 orang dan jumlah kelas sebanyak 240 buah.
daerah pendang negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedahlanie, kedah online
Di samping itu, Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang mula diperkenalkan sejak tahun 1989 juga turut dititikberatkan di Daerah Pendang. Melalui program ini, jumlah Ketua Isi Rumah termiskin dapat dikurangkan. Daerah Pendang adalah sebuah daerah yang belum diterokai sepenuhnya dan mempunyai sumber yang mencukupi untuk dibangunkan sebagai satu daerah yang maju di masa hadapan melalui perancangan yang teratur dan terancang.



LAGU KEDAH YANG MENJADI SIULAN BAGI NEGERI KEDAH. 


 


TEMPAT TEMPAT MENARIK DI DAERAH PENDANG.

Pendang Lake Resort
 Terletak di Pekan Pendang, berdekatan dengan Kolam MADA Pendang

Rimba Rekreasi Bukit Perak


 PENGANGKUTAN AWAM DI DAERAH PENDANG

Di antara pengangkutan awam yang terdapat di Pendang ialah Bas dan Teksi

NOMBOR TELEFON PENTING

Talian Kecemasan
Bil.
Nama Jabatan
No.Telefon
01
Balai Bomba & Penyelamat Daerah Pendang
04-734 9307
02
Polis DiRaja Malaysia Daerah Pendang
04-759 6222
03
Klinik Kesihatan Daerah Pendang
04-759 6412

Direktori Utiliti
Bil.
Nama Agensi
No.Telefon
01
Agro Bank
04-759 6446
02
Bank Bumiputra Commerce
04-759 6312




04-759 6313
03
Bank Simpanan Nasional
04-759 6390
04
Bank Tabung Haji
04-759 6975
05
MADA
04-759 6250
06
JKR
04-759 6321
07
Pejabat Haiwan
04-759 6402
08
RISDA
04-759 6309
09
KEMAS
04-759 6097
10
TNB
04-759 1454




04-759 7294
11
MARA
04-759 6652
12
KEDA
04-758 3100
13
Pejabat Belia
04-759 6319
14
Pejabat Pos
04-759 6235
15
Pejabat Pendaftaran
04-759 6201
16
JBA (Jabatan Bekalan Air)
04-759 3571
online
Direktori Pendidikan
Bil.
Nama Institusi
No.Telefon
01
SK Lubuk Merbau
04-75 20082
02
SK Sungai Siput
04-752 0616
03
SK Padang Durian
04-754 1025
04
SK Pokok Asam
04-784 6209
05
SK Paya Rawa
04-759 3284
06
SK Penghulu Jusoh
04-784 7740
07
SK Bukit Raya Dalam
04-759 8970
08
SK Charok Kudong
04-759 4535
09
SK Guar Kepayang
04-759 5299
10
SK Kg Chegar
04-759 488


24 July 2016

Gabungan Jam Tangan Pintar Honor Band Z1 Dan Smartphone Honor 5X Untuk Generasi Muda

Honor baru saja menapak di Malaysia dan kini jenama ini telah mula menawan hati peminat2nya yang tersendiri di Malaysia. Bagi menguasai lebih dunia teknologi telephone pintar Honor mengeluarkan smartphone yang mampu menghubungkan bukan sahaja telepone tetapi juga jam tangan. Persaingan dalam industri ini membuatkan setiap produk harus mampu berkalobarasi lebih daripada 1 device. Maka terhasillah Honor 5X dan rakan baiknya Honor Band Z1.


Kita pergi kepada teknolgi telephone pintar Honor 5X dahulu. Ia kelihatan seperti telepone pintar Android biasa sahaja tapi mempunyai beberapa ciri keselamatan dan juga kawalan kuasa kepada pengguna.  

1) Pengimbas Cap Jari Keselamatan
Satu teknologi yang mula menjadi tumpuan kebanyakan pengeluar telepone pintar begitu juga Honor 5X ini. Mempunyai ciri keselamatan yang melindungi bukan sahaja telephone tapi juga data dan paling menarik melindungi appskasi daripada diakses tanpa kebenaran oleh pemilik telepone ini. 



2) Kamera Belakang Yang Lebih Banyak Fungsi
Di datangkan dengan kemera belakang 13 megapixel pastinya ia antara daya tarikan untuk pengguna muda memilikinya. Mempunyai fungsi editing dalam yang tersendiri memastikan setiap gambar yang diambil memberi kepuasan kepada pemiliknya. Ia menggunakan pemproses SmartImage 3.0 untuk memastikan kejelasan dalam rakaman setiap gambar 



3) Bateri 3000mAh Dengan SmartPower 3.0
Bercakap mengenai telefon pintar, salah satu perkara yang diberikan perhatian ramai pada hari ini adalah sokongan bateri yang disertakan olehnya. Honor 5x hadir dengan bateri berkapasiti 3000mAh, dan menyokong pengecasan 2A untuk membolehkan ia dicas dengan pantas. Penggunaan teknologi SmartPower 3.0 juga membolehkan penggunaan tenaga dikurangkan sehingga 30%, disamping bateri yang bertahan lebih lama berbanding kebiasaan.

 

Tu antara kelebihan yang ada pada phone ini selain daripada fungsi2 lain menarik mengikut applikasi yang kita miliki. Pada harga yang mampu milik dan fungsi yang menarik ini pasti ia menawan hati peminat telephone pintar di Malaysia. Ditambah pula dengan kehadiaran jam tangan pintar Honor Band Z1 melengkapi keperluan harian generasi yang mahukan kemodenan tanpa batas. Ciri yang ada pada jam tangan pintar Honor Band Z1 saling melengkapi antara satu sama lain. Jom kita tengok apa yang menariknya jam tangan pintar dari Honor ini.
 
1) Rekabentuk Yang Lebih Nipis
Itu adalah element yang di pandang penting bagi peminat jam tangan pintar kerana semakin nipis maka semakin mudah untuk digayakan ditangan si pemakai. Hanya dengan ketebalan 0.37inch sahaja jam tangan pintar ini memberi keselesaan semasa anda melakukan kerja mahu juga semasa tidur. 




2) Fungsi Dalaman Yang Boleh di Selaraskan
Jam pintar keluaran Honor ini mampu berhubung terus dengan telepone pintar keluaran mereka menggunakan teknologi Bluetooth. Mampu memberi fungsi untuk menjawab phone dan juga memberi amaran kepada pengguna tentang kehadiran masej atau notifikasi didalam phone anda.


3) Applikasi Kesihatan
Ini juga penting dalam jam pintar iaitu mereka mampu merekodkan perjalanan, belari, bekerja dan juga waktu berehat si pemakainya. Applikasi dalam yang tersedia memberikan kita lebih peka kepada apa yang kita lakukan demi kesihatan diri sendiri. Dengan fungsi "touch screen" ia lebih mudah untuk diakses oleh pengguna semasa sedang melakukan tugas. 



4) Pengecas Pantas & Kalis Air
Di datangkan dengan pengecas magnetik yang mampu mengecas pantas salam masa sejam untuk penggunaan lebih dari 3 hari ia satu yang baik. Jam ini juga kalis air dan boleh digunakan dalam pelbagai keadaan cuaca dan lokasi.


Ok lah apa pun fungsi dan juga teknologi yang digunakan kita pasti nak cari yang terbaik untuk penggunaan diri sendiri. Honor juga menyediakan semua teknologi ini dengan kadar yang mampu milik juga lebih mesra pengguna. Anda yang mampu menilai sendiri apa yang adan mahukan.


Sumber maklumat dari blog Mahateknologi