24 July 2016

Gabungan Jam Tangan Pintar Honor Band Z1 Dan Smartphone Honor 5X Untuk Generasi Muda

Honor baru saja menapak di Malaysia dan kini jenama ini telah mula menawan hati peminat2nya yang tersendiri di Malaysia. Bagi menguasai lebih dunia teknologi telephone pintar Honor mengeluarkan smartphone yang mampu menghubungkan bukan sahaja telepone tetapi juga jam tangan. Persaingan dalam industri ini membuatkan setiap produk harus mampu berkalobarasi lebih daripada 1 device. Maka terhasillah Honor 5X dan rakan baiknya Honor Band Z1.


Kita pergi kepada teknolgi telephone pintar Honor 5X dahulu. Ia kelihatan seperti telepone pintar Android biasa sahaja tapi mempunyai beberapa ciri keselamatan dan juga kawalan kuasa kepada pengguna.  

1) Pengimbas Cap Jari Keselamatan
Satu teknologi yang mula menjadi tumpuan kebanyakan pengeluar telepone pintar begitu juga Honor 5X ini. Mempunyai ciri keselamatan yang melindungi bukan sahaja telephone tapi juga data dan paling menarik melindungi appskasi daripada diakses tanpa kebenaran oleh pemilik telepone ini. 



2) Kamera Belakang Yang Lebih Banyak Fungsi
Di datangkan dengan kemera belakang 13 megapixel pastinya ia antara daya tarikan untuk pengguna muda memilikinya. Mempunyai fungsi editing dalam yang tersendiri memastikan setiap gambar yang diambil memberi kepuasan kepada pemiliknya. Ia menggunakan pemproses SmartImage 3.0 untuk memastikan kejelasan dalam rakaman setiap gambar 



3) Bateri 3000mAh Dengan SmartPower 3.0
Bercakap mengenai telefon pintar, salah satu perkara yang diberikan perhatian ramai pada hari ini adalah sokongan bateri yang disertakan olehnya. Honor 5x hadir dengan bateri berkapasiti 3000mAh, dan menyokong pengecasan 2A untuk membolehkan ia dicas dengan pantas. Penggunaan teknologi SmartPower 3.0 juga membolehkan penggunaan tenaga dikurangkan sehingga 30%, disamping bateri yang bertahan lebih lama berbanding kebiasaan.

 

Tu antara kelebihan yang ada pada phone ini selain daripada fungsi2 lain menarik mengikut applikasi yang kita miliki. Pada harga yang mampu milik dan fungsi yang menarik ini pasti ia menawan hati peminat telephone pintar di Malaysia. Ditambah pula dengan kehadiaran jam tangan pintar Honor Band Z1 melengkapi keperluan harian generasi yang mahukan kemodenan tanpa batas. Ciri yang ada pada jam tangan pintar Honor Band Z1 saling melengkapi antara satu sama lain. Jom kita tengok apa yang menariknya jam tangan pintar dari Honor ini.
 
1) Rekabentuk Yang Lebih Nipis
Itu adalah element yang di pandang penting bagi peminat jam tangan pintar kerana semakin nipis maka semakin mudah untuk digayakan ditangan si pemakai. Hanya dengan ketebalan 0.37inch sahaja jam tangan pintar ini memberi keselesaan semasa anda melakukan kerja mahu juga semasa tidur. 




2) Fungsi Dalaman Yang Boleh di Selaraskan
Jam pintar keluaran Honor ini mampu berhubung terus dengan telepone pintar keluaran mereka menggunakan teknologi Bluetooth. Mampu memberi fungsi untuk menjawab phone dan juga memberi amaran kepada pengguna tentang kehadiran masej atau notifikasi didalam phone anda.


3) Applikasi Kesihatan
Ini juga penting dalam jam pintar iaitu mereka mampu merekodkan perjalanan, belari, bekerja dan juga waktu berehat si pemakainya. Applikasi dalam yang tersedia memberikan kita lebih peka kepada apa yang kita lakukan demi kesihatan diri sendiri. Dengan fungsi "touch screen" ia lebih mudah untuk diakses oleh pengguna semasa sedang melakukan tugas. 



4) Pengecas Pantas & Kalis Air
Di datangkan dengan pengecas magnetik yang mampu mengecas pantas salam masa sejam untuk penggunaan lebih dari 3 hari ia satu yang baik. Jam ini juga kalis air dan boleh digunakan dalam pelbagai keadaan cuaca dan lokasi.


Ok lah apa pun fungsi dan juga teknologi yang digunakan kita pasti nak cari yang terbaik untuk penggunaan diri sendiri. Honor juga menyediakan semua teknologi ini dengan kadar yang mampu milik juga lebih mesra pengguna. Anda yang mampu menilai sendiri apa yang adan mahukan.


Sumber maklumat dari blog Mahateknologi




No comments:

Post a Comment