26 July 2016

Bila Terasa Lapar Sini Lah Tempatnya Moon's Kitchen

Apa yang korang buat bila lapo time hujung minggu? Kalau aku ni lah aktiviti santai bersama kawan2 pergi makan kat tempat yang special. Kali ni aku nak makan sampai ke bulan jauhnya hehehe. Restoran Moon's Kitchen yang terletak di Jalan Putra Mahkota Putra Heights Subang. Kalau korang nak datang sini memang di syorkan kerena makanan semua sedap2 dan juga unik2.


Restoran ini banyak menggunakan bahan diimport berkualiti tinggi daripada sumber-sumber yang mampan. Semua bahan-bahan di sini adalah disahkan Halal dari negara-negara masing-masing, dan mereka tidak menambah apa-apa bahan tambahan atau bahan pengawet untuk menyedapkan makanan mereka. Aku tak tipu dan tak puji restoran ini kalau aku tak rasa sendiri.


Sebab tu aku rekmenkan restoran ini kepada semua pembaca bukan kerena sedap sahaja tapi harga berpatutan untuk rakyat Malaysia. Jom aku kenalkan dengan beberapa menu yang sempat aku cuba. Paling best adalah Chicken Chop kat sini yang dihasilkan daripada Boneless chicken yang digoreng garing bersama side dish seperti salad, coleslow dan fries bersama sos pilihan iaitu Sweet & Sour, Black Paper, Mushroom dan Brown Sauce.


 Chicken Chop

Kemudian aku juga rekmen korang cuba Italian Rosemary Chicken dimana daging ayam yang di perap dengan rempah ratus daripada Itali dan dipanggang. Special kerana daging yang banyak dan sedap. Yang lagi satu ni adalah beef ribs yang dipanggang dengan chipotle chili BBQ sauce. Menu ni dipanggil Chipotle BBQ Beef Ribs.

 Chipotle BBQ Beef Ribs

 Italian Rosemary Chicken

Kalau yang nak makan pasta sesuai cuba kat sini Aglio Olio E Pomodoro with Salmon and Mussels. Yang ni ada seafood dalamnya special dimasak dengan rasa sebenar Aglio Olio. Kemudian boleh cuba juga Spaghetti Bolognese dimana pasta bersama daging dan Italian tomato sebagai kuahnya. Menarik kedua2 hidangan ini sangat2 kebaratan rasanya.


Menu lanjut dan gambar makan menarik layari blog makan Mahamahu.com






No comments:

Post a Comment